Tips Trik, Trik dalam Game, Informasi, Inspirasi Hubungan dan Artikel Berbahasa Melayu

Komplikasi Flu Mengancam Nyawa

Artikel terkait : Komplikasi Flu Mengancam Nyawa



“Justeru, orang ramai digalakkan melakukan amalan pencegahan seperti membasuh tangan dengan kerap, menutup mulut apabila bersin dan batuk, dan tidak keluar rumah apabila merasa tidak sihat, boleh membantu mengurang penyebaran influenza,” katanya.

Pun begitu, amalan pencegahan ini sukar dilakukan dalam kalangan masyarakat khususnya kanak-kanak dan dalam keadaan sesak. Cara paling berkesan untuk mencegah jangkitan influenza ialah dengan pemvaksinan tahunan.

“Virus influenza sentiasa berubah-ubah. Oleh itu, penghasilan vaksin flu juga sentiasa diperbaharui. Vaksin flu ini melindungi kita daripada tiga jenis virus influenza A (H3N2 dan H1N1) dan influenza B jenis yang paling biasa tersebar,” katanya.

Ditanya sama ada vaksin flu selamat, Dr. Chee Yean memberitahu, vaksin ini tidak boleh menyebabkan influenza kerana tidak mengandungi sebarang virus hidup. Apabila divaksinasi, tubuh mula bertindak balas pada vaksin dengan menghasilkan tindak balas imun.

“Vaksin flu tidak berbahaya. Namun sesetangah orang yang menerima vaksin ini boleh mengalami kesan sampingan seperti kemerah-merahan atau gatal-gatal. Jika anda alah terhadap telur, anda boleh tanya doktor anda untuk evaluasi dan menentukan sama ada anda boleh menerima vaksinasi,” katanya.

Sebaik sahaja anda mendapat vaksin ini, ia akan mengambil masa sehingga dua minggu untuk vaksin memberikan perlindungan sepenuhnya. Oleh itu, Dr. Chee Yean menasihatkan orang ramai yang ingin melancong atau ke luar negara sebaiknya mengambil vaksin ini dua minggu sebelum melancong. 

Terdapat dua sebab vaksin diperlukan setiap tahun. Pertama, tindak balas imun tubuh semakin lama semakin berkurangan, maka pengambilan vaksin setiap tahun diperlukan untuk perlindungan optimum. Kedua, virus influenza yang sering berubah menyebabkan formulasi vaksin flu perlu dikaji semula setiap tahun bagi memastikan bertepatan dengan perubahan virus insfluenza. Untuk perlindungan terbaik, orang ramai yang berumur enam bulan dan ke atas perlu mendapatkan vaksinasi setiap tahun. 

“Berita baiknya, flu boleh dicegah melalui vaksinasi yang terbukti berkesan secara klinikal untuk memberikan perlindungan kepada individu daripada mendapat jangkitan. Tujuh daripada 10 orang yang mengambil vaksin ini akan dilindungi. Bagi tiga orang lain, jika mereka dijangkiti flu , tanda-tandanya adalah sederhana. 

“Banyak negara-negara di seluruh dunia menyarankan agar vaksinasi flu diambil semasa musim flu . Kementerian Kesihatan sendiri misalnya menyarankan barang siapa yang akan melawat ke negara beriklim sederhana yang sedang mengalami musim sejuk dan bakal-bakal haji di Mekah agar mendapatkan suntikan vaksin influenza. Bagaimanapun, suntikan hanya boleh diperoleh dari klinik atau hospital swasta yang mengenakan bayaran,” katanya yang turut memperkenalkan Pusat Vaksin Pusat Perubatan Pakar Sri Kota yang meliputi vaksinisasi golongan dewasa termasuk influenza, HPV, hepatitis dan sebagainya.

Artikel Ardianw311 Blog Lainnya :

0 komentar:

Catat Ulasan

Terimakasih telah berkenan untuk membaca artikel diatas. Tolong berkomentar yang sesuai dengan isi Artikel diatas. Komentar spam dan berisi konten Negatif lainnya tidak akan saya Publikasikan. Terimakasih.

Copyright © 2014 Ardianw311 Blog | Design by Ardian Widianto